Thursday, October 31, 2013

PERMOHONAN SIJIL HALAL

Assalamualaikum..

Masyarakat Malaysia sekarang lebih perihatin mengenai status HALAL sesuatu produk makanan. Kadang-Kadang kita perhatikan bermacam-macam logo Halal yang ada pada sesuatu produk tu.Di Malaysia sijil Halal dikeluarkan oleh JAKIM, sebelum ini ada juga dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri, tetapi sekarang semuanya dibawah JAKIM.

Logo halal JAKIM


Untuk memohon sijil Halal sekarang hanya melalui Online E-Halal. Anda perlu mendapatkan ID dan kata laluan, lepas tu kene ada pengesahan. Kategori permohonan kami adalah pengeluar (Manufacturer). Banyak maklumat yang perlu diisi didalam sistem tersebut. Termasuk setiap bahan yang digunakan bagi menghasilkan sesuatu produk. Contohnya Tepung Gandum atau minyak sapi yang kita gunakan semasa menghasilkan kuih, adakah tepung dan minyak sapi tersebut mempunyai sijil halal?. Semuanya kena ada status halal bagi setiap  bahan digunakan,jikalau tiada status halal memangla kena tolak mentah-mentah sesuatu permohonan tersebut.Betapa bagusnya status Halal ni kerana kita yakin disebabkan sumber bahan yang digunakan untuk menjadikan makanan adalah bersih dan terjamin dan tiada sumber haram. 

Disamping itu didalam sistem Online tersebut, Anda perlu mengisikan maklumat syarikat dan berapa orang pekerja. Anda juga perlu melantik seseorang sebagai Pegawai Halal daripada syarikat anda sebagai wakil untuk membantu bagi memudahkan proses audit semasa wakil JAKIM datang ke premis anda. Bayaran untuk sijil Halal, syarikat kami adalah Industri Kecil (IK) dikenakan sebanyak RM 100.00 setahun. kalau Industri Kecil dan Sederhana dikenakan RM400.00.

Jadi kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan khusus dalam bidang Pemakanan maka perlulah ada sijil Halal. Dengan adanya status dan sijil "HALAL" barulah pengguna akan lebih yakin mengenai sesuatu produk yang kita jual dan semoga kita mendapat keberkatan. Itu saja yang saya ingin kongsikan kepada anda. Semoga anda kaya dan berjaya. In Sha Allah.

Contoh sijil Halal


No comments: