BERMULANYA LANGKAH AWAL
Assalamualaikum..
Kita selalu dengar ayat ni kan "Buat apa nak lebih-lebih cukuplah apa yang
kau ada sekarang"...."kau ni bersyukur la sikit,orang kat luar lagi
susah".Itu adalah ayat standard,sebenarnya bukanya tidak bersyukur tetapi
mahu perubahan untuk yang lebih baik untuk keluarga dan diri sendiri,terus
terang cakap dengan gaji yang ada sekarang memang cukup-cukup kadang-kadang
tidak cukup. Bila dalam dalam kepala otak ni asyik berpikir macam-macam mulalah
processor otak menjalankan kerja dia -THINKING- . "Apa aku nak buat
ni?" "macam mana nak ada duit lebih sikit?"."ishh tak boleh
macam ni asyik keluar je duit ni masuknya tak jugak".
Dengan bermacam persoalan,baru la tercetus dan datangnya -IDEA- antaranya
perniagaan apa yang sesuai untuk diceburi dan pengalaman apakah yang sesuai dengan
bisnes yang akan dijalankan dan juga pengetahuan yang cukup untuk
menjalankan perniagaan.
Seperti kami, sebenarnya peluang kami sudah lama ada depan mata untuk berniaga sebab
bisnes keluarga di johor bahru membekalkan kuih-muih sejuk beku, cuma sebelum
ni tidak terfikir untuk "grab" peluang tersebut. Kami ambil stok
kecil-kecilan dulu untuk berniaga dirumah gunakan peti sejuk rumah yang boleh
muat berapa paket kuih sahaja . Target pelanggan adalah kawan-kawan pejabat dan
jiran dengan keluarga terdekat je.
Mula-mula rasa biasa je berniaga ni sebab belum lagi dapat -PASSION- untuk berniaga. Walaupun keghairahan atau minat yang mendalam tu belum ada tapi ianya
akan datang dengan sendirinya nanti . Hasil daripada adanya sedikit minat berniaga barulah kami memberanikan diri untuk berniaga di pasar tani. Walaupun mula-mulanya tersangatlah letih dan rasa susah untuk mencari duit akan tetapi terasa amat berbaloi dan teramatlah puas hati, mungkin kerana kami dah dapat passion tersebut. In sha allah ada usha adalah keberkatan dan jalanya nanti. Yang paling
penting kita wajib bersyukur apa yang apa yang kita ada sekarang kerana
Allah akan memberkatinya walaupun sedikit, tetapi jangan jadikan itu sebagai
alasan untuk kita supaya tidak berubah.
|
Pasar Tani Dengkil |
1 comment:
in sha allah berjaya
Post a Comment