Thursday, October 31, 2013

PERMOHONAN SIJIL HALAL

Assalamualaikum..

Masyarakat Malaysia sekarang lebih perihatin mengenai status HALAL sesuatu produk makanan. Kadang-Kadang kita perhatikan bermacam-macam logo Halal yang ada pada sesuatu produk tu.Di Malaysia sijil Halal dikeluarkan oleh JAKIM, sebelum ini ada juga dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri, tetapi sekarang semuanya dibawah JAKIM.

Logo halal JAKIM


Untuk memohon sijil Halal sekarang hanya melalui Online E-Halal. Anda perlu mendapatkan ID dan kata laluan, lepas tu kene ada pengesahan. Kategori permohonan kami adalah pengeluar (Manufacturer). Banyak maklumat yang perlu diisi didalam sistem tersebut. Termasuk setiap bahan yang digunakan bagi menghasilkan sesuatu produk. Contohnya Tepung Gandum atau minyak sapi yang kita gunakan semasa menghasilkan kuih, adakah tepung dan minyak sapi tersebut mempunyai sijil halal?. Semuanya kena ada status halal bagi setiap  bahan digunakan,jikalau tiada status halal memangla kena tolak mentah-mentah sesuatu permohonan tersebut.Betapa bagusnya status Halal ni kerana kita yakin disebabkan sumber bahan yang digunakan untuk menjadikan makanan adalah bersih dan terjamin dan tiada sumber haram. 

Disamping itu didalam sistem Online tersebut, Anda perlu mengisikan maklumat syarikat dan berapa orang pekerja. Anda juga perlu melantik seseorang sebagai Pegawai Halal daripada syarikat anda sebagai wakil untuk membantu bagi memudahkan proses audit semasa wakil JAKIM datang ke premis anda. Bayaran untuk sijil Halal, syarikat kami adalah Industri Kecil (IK) dikenakan sebanyak RM 100.00 setahun. kalau Industri Kecil dan Sederhana dikenakan RM400.00.

Jadi kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan khusus dalam bidang Pemakanan maka perlulah ada sijil Halal. Dengan adanya status dan sijil "HALAL" barulah pengguna akan lebih yakin mengenai sesuatu produk yang kita jual dan semoga kita mendapat keberkatan. Itu saja yang saya ingin kongsikan kepada anda. Semoga anda kaya dan berjaya. In Sha Allah.

Contoh sijil Halal


Wednesday, October 30, 2013

DAFTAR SYARIKAT DI SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)




Assalamualaikum.

Mesti anda ingat SUSAH nak daftar syarikat di SSM kan, sebenarnya senang sangat. Minggu lepas saya teman kawan saya pergi ke SSM, kami pergi ke SSM KL Sentral. Sampai di sana terus pergi kaunter pertanyaan. Pertama sekali mereka akan tanya kita nak daftar sendirian berhad ataupun Enterprise (Milikan tunggal or Sole proprietorship). Kawan saya terus menjawab “Enterprise”.

Kemudian mereka akan menerangkan serba sedikit mengenai cara untuk mengisi borang pendaftaran syarikat tersebut. Memang senang sangat-sangat lah dan yang paling penting tidak menyusahkan dan tidak perlu dokumen dan lampiran bagai, mereka hanya minta Kad Pengenalan sahaja. Semasa isi borang kita kene tahu apakah jenis perniagaan yang kita akan jalankan kerana dalam sijil pendaftaran syarikat (Perakuan Pendaftaran) akan tertera nama syarikat kita dan alamat dan juga jenis perniagaan.  

 Setelah selesai isi borang tersebut, terus submit di kaunter dengan bayaran sebanyak RM70 dan tunggu giliran untuk mendapatkan sijil pendaftaran syarikat tersebut dan ada juga yang bayar RM30 tapi tiada nama syarikat dan hanya nama anda sahaja,alang-alang biarlah ada nama syarikat baru gaya. MUDAH sangatkan,dulu saya pun ingat macam susah sangat nak daftar syarikat tapi adalah sebaliknya. ok itu sahaja yang ingin saya kongsikan. selamat mendaftar. Semoga anda kaya dan berjaya.


Contoh perakuan pendaftaran


Wednesday, October 2, 2013

BERMULANYA LANGKAH AWAL



Assalamualaikum..

 

Kita selalu dengar ayat ni kan "Buat apa nak lebih-lebih cukuplah apa yang kau ada sekarang"...."kau ni bersyukur la sikit,orang kat luar lagi susah".Itu adalah ayat standard,sebenarnya bukanya tidak bersyukur tetapi mahu perubahan untuk yang lebih baik untuk keluarga dan diri sendiri,terus terang cakap dengan gaji yang ada sekarang memang cukup-cukup kadang-kadang tidak cukup. Bila dalam dalam kepala otak ni asyik berpikir macam-macam mulalah processor otak menjalankan kerja dia -THINKING- . "Apa aku nak buat ni?" "macam mana nak ada duit lebih sikit?"."ishh tak boleh macam ni asyik keluar je duit ni masuknya tak jugak".

 

Dengan bermacam persoalan,baru la tercetus dan datangnya -IDEA- antaranya perniagaan apa yang sesuai untuk diceburi dan pengalaman apakah yang sesuai dengan bisnes yang akan dijalankan dan juga pengetahuan yang cukup untuk menjalankan perniagaan.




Seperti kami, sebenarnya peluang kami sudah lama ada depan mata untuk berniaga sebab bisnes keluarga di johor bahru membekalkan kuih-muih sejuk beku, cuma sebelum ni tidak terfikir untuk "grab" peluang tersebut. Kami ambil stok kecil-kecilan dulu untuk berniaga dirumah gunakan peti sejuk rumah yang boleh muat berapa paket kuih sahaja . Target pelanggan adalah kawan-kawan pejabat dan jiran dengan keluarga terdekat je. 

 

Mula-mula rasa biasa je berniaga ni sebab belum lagi dapat -PASSION- untuk berniaga. Walaupun keghairahan atau minat yang mendalam tu belum ada tapi ianya  akan datang dengan sendirinya nanti . Hasil daripada adanya sedikit minat berniaga barulah kami memberanikan diri untuk berniaga di pasar tani. Walaupun mula-mulanya tersangatlah letih dan rasa susah untuk mencari duit akan tetapi terasa amat berbaloi dan teramatlah puas hati, mungkin kerana kami dah dapat passion tersebut. In sha allah ada usha adalah keberkatan dan jalanya nanti. Yang paling penting kita wajib bersyukur apa yang apa yang kita ada sekarang kerana Allah akan memberkatinya walaupun sedikit, tetapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita supaya tidak berubah.

 

Pasar Tani Dengkil

 

SERIUS MEMANG MALAS NAK TULIS

Assalamaualaikum...

 

Siapa nak tahu cerita saya say i!...sikit- sikit nak kene cakap iiiiiii... itulah ungkapan yang selalu saya dengar selama 3 hari menuntut ilmu bersama dengan rakan-rakan yang lain. Sebelum ni saya memang tak pernah nak tulis mengenai pengalaman saya dan saya juga orang yang paling malas nak membaca apa-apa juga artikel. Tetapi semasa kursus ni saya di ajar MENULIS. mentor saya ajar sentiasa rajin menulis sekiranya kita ingin berjaya dan rajinlah berkongsi pengalaman kita. In Sha Allah saya akan berkongsi dengan rakan sekalian tips berniaga untuk kita sama-sama berjaya.


"Now or Never"